Ngauman motor Ego warna hijau menghancurkan segala angan angan Aiman. Aiman bingkas bangun dari tempat persembunyiannya tatkala mendengar ngauman enjin motor Ego di matikan di hadapan sebatang pokok besar.
Jantungnya mengepam laju tatkala melihat muka ayu Elisa sambil tangannya memeluk beberapa buku di dada. Semua anak anak usrahnya menanti kehadirannya. Senyuman manis Elisa yang dilemparkan untuk anak anak buahnya makin menggetarkan hati lelaki Aiman.
'Em!! Manisnyaaaa! Hai hati duk diam diam sudah lahh.'
Aiman mengetap bibirnya kuat. Geram dia melihat keayuan Elisa.
Dia betul ingin memerhati 24 hours muka ayu itu,entah baginya dengan melihat muka Elisa hatinya menjadi tenang. Damai je rasanya apabila dapat melihat muka Elisa. Andai dia tidak dapat melihat muka Elisa dalam satu hari kemungkinan keesokkannya dia didaftar sebagai pesakit mental lagaknya. Hebat betul tamparan cinta manusia yang mampu menggilakan otak yang waras.
Selama ini,dia tidak pernah menyedari kewujudan makhluk pujaannya ini walhal mereka tinggal setaman.
Dia menjeling jam Rado berwarna silver miliknya,2 jam sudah dia menunggu bulatan gembira Elisa bersurai. Dia tekad hari ini juga,dia ingin memberi sesuatu kepada Elisa. Dia tahu benda ini terlalu bermakna untuk Elisa,moga moga berkat ini membuatkan Elisa membalas cintanya untuk kali pertama.
Akhirnya setelah habis sesi lambai melambai dan peluk sakan antara satu sama lain,aktiviti usrah sudah pun tamat. Elisa sudah pun menghilang diri dengan kuda kesayangan iaitu motor Ego.
'Erm. Hana! Tunggu jap! Aku nak minta tolong boleh?'
Terangkat kening comel Hana apabila suara garau itu muncul dari arah belakangnya.
'Pehal mamat poyo ini ada kat sini.' Kutuk Hana dalam hati. Tidak mampu dia luahkan takut terguris hati.
'Erm. Kau tolong bagikan buku #Chenta ini kat Elisa. Emm,cakap aku yang bagi. Ikhlas untuk dia seorang.'
Aiman juga letakkan stick note berwarna pink dimuka buku penulis Inche Gabbana ini.
"Ku hadiahkan buku #Chenta
Untuk kau membaca segala isi #Chenta
Bukan untuk kau beri cinta itu kepada yang lain
Tapi pada aku."
'Erm. Iyalah aku bagikan nanti. Pape hal aku mesej kau balik'
'Thanks beb! Akan ku kenang jasamu'
Tersenyum segeh Aiman apabila taktiknya untuk mendapat perhatian Elisa sudah berjaya.
'Yeahh! Step pertama settle!'
Hatinya riang tak menentu. Tidak shabar lagaknya menunggu jawapan dari Elisa. Dia mula berangankan dia bakal memimpin tangan Elisa di atas pelaminnya nanti
Hana hanya membuat muka menyampah mendengar kata kata Aiman. Dia masih teringat lagi excident bulan lepas dimana Aiman telah melanggar motor Ego kesayangan Elisa. Pucat waktu itu muka Aiman tatkala Elisa menangis teresak esak dibahu Hana. Mujurlah sikap Aiman yang bertanggungjawab itu melunaskan segala kerosakkan yang berlaku malah dia hadiahkan pula beberapa jambak bunga mawar merah tanda kemaafan tapi seribu kali sayang Elisa melempar setinggi langit ke dalam tong sampah. *wakaka gelak jahat*
¥~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~¥
Tangan Aiman bergetar menanti jawapan. Arghhh sudah dua minggu dia menunggu jawapan daripada Elisa tapi tiada sebarang responds. Betullah,penantian itu amat menyakitkan bagi orang yang tidak bersabar. Untuk kali ini sahaja sudah 100 kali dia menatap Iphone 6 miliknya. Notification mesej dari Hana belum pun masuk semenjak dua minggu lepas.
Sehinggakan dia tidak lagi menghendap Elisa ketika dia menjalankan sesi usrahnya. Bukan apa dia takut dia akan menjerit jika Elisa memberi jawapan tatkala itu. Rindunya bukan main kepalang mujur mamanya yang terchenta belum mendaftarnya ke hospital baheegia.
Meow. Meow. Meow.
Notification berbunyi. Penanda mesej masuk.
Jantung Aiman berdegup laju. Tangannya tangkas mencapai Iphone 6 nya.
"Jumpa kat taman hari tuh pukul 6 petang. Elisa ada hantar barang"
Berdegup laju jantung membaca mesej itu. Ahhhhh,tak boleh ke berterus terang?
Sepanjang penantiannya di taman,hanya degupan jantungnya yang berpalu. Peluh tidak segan lagi silu mengalir di muka macho Aiman.
Kelibat Hana dan seorang kawannya makin mendekat di kawasan menunggunya. Dia memandang tepat pada bungkusan yang erat di tangan Hana. Bungkusan berwarna turqoise berbintik bintang dihulur oleh Hana untuk Aiman.
'Nah'
'Apa ini?'
'Aku tak tau...'
Hana lantas menarik kawannya untuk melarikan diri. Tidak sanggup rasanya berlama dengan lelaki berlagak macho ini.
'Ehh,dia ada cakap apa?'
'Entah. Kau buka,baca dan hadam. Baru kau tahu'
Terus kelibat dua manusia itu menghilang diri. Lari mengalahkan Usin Bolt lagaknya. Hurmm..
Aiman menumbuk lembut bungkusan itu. Dia inginkan jawapan bukan hadiah. Lantas dengan perasaan geram Aiman menkoyakkan pembalut berwarna turqoise. Buku #Chenta penulis Inche Gabbana yang dibelinya untuk Elisa berada elok ditangannya. Dia membelek isi kandunganya,sekeping kertas melayang elok di kakinya.
'Kertas warna turqoise?'
Aiman mengambilnya dengan perlahan seolah olah ada yang menghalangnya untuk mengambil dengan laju. Turqoise adalah warna kegemaran dia.
"Ku kembalikan buku #Chenta
Untuk kau membaca segala isi #Chenta
Bukan untuk kau beri cinta itu kepada yang lain
Tapi pada Pencipta Cinta.
Wanita dicipta bukan untuk digula gulakan,bukan untuk diperhiaskan,bukan untuk dipermainkan tapi untuk dibimbingkan kehadapan Pencipta.
Raih dulu cinta Illahi
InsyaAllah cinta lain Allah bantu raihkan.
Buka muka surat 236"
Aiman terduduk di bangku. Rasa mahu menangis lagaknya. Dia gagahkan juga untuk mencari muka surat 236
'Chenta bukanlah sesuatu yang anda cari. Chenta adalah sesuatu yang mencari anda'
-Loretta Young-
Aiman terkedu. Pipinya basah dengan linangan air mata.
'Lisa,aku cintakan kau.'
¥....................................................¥
Jika betul kau inginkan dia,
Mintalah ia dengan cara yang mulia.
Jangan kotorkannya tapi jagakannya
Daripada palitan dosa.
Dia masih ada wali.