Nukilan Hati

Sabtu, 19 September 2015

Awak,saya nak 'madu' boleh?

Apa perasaan anda apabila suami anda berbunyi  seperti ini

"Em,Ayang. You look so beautiful tonight. Between,boleh tak I carikan untuk you seorang 'teman'?"
Atau
"Oleh sebab,saya cintakan awak kerana Allah,maka izinkan saya untuk pasang lagi satu"
Atau
"Saya nak berpoligami. Setuju atau tak,esok lusa saya tetap akan bernikah"

Fuhh,saya yakin pada malam itu drama melayu pasti akan bertayangan sehingga periuk belangga berterbangan ke udara ataupun tidak drama tengking menengking antara satu sama lain.

Cinta yang dulu hangat menjadi suam. Kata kata manis yang ditaburi menjadi pahit. Panggilan sayang abang bertukar kepada panggilan babi.

Mm,keep calm and stay beauty.

Every woman mahupun ustazah dan
..
..
..
..
Saya =="

Semestinya tidak ingin untuk berkongsi kasih sayang suami dengan yang lain. Lelaki yang berjaya merambat hati yang satu ini terpaksa dibelah dan bergilir hari untuk bersama. Cinta yang Allah kurniakan ini terpaksa dicampur dengan unsur unsur kejealousan apabila melihat si dia bermesra berdua duan dengan suami. 

Fuhhhhhh MEMANG TAK  mampu dihadapi....

Antara alasan yang sering digunakan melebihi serupa malahan sebijik

"Pliss lah,I tak suka berkongsi suami"
"Saya lagi hot dari isteri kedua!"
"Andai nak dibandingkan kecantikkan antara bulan dan si dia,saya lagi cantik"

And another reason yang sememangnya masyarakat sedia maklum.

But,kita always cakap tak serupa bikin guys :]
Always sis,not just kadang kadang but always.

We said,
"Pliss lah,I tak suka kongsi suami"

Tapi di Instagram anda,
Untuk satu gambar muka anda yang berkeyit mata dan berseluar ketat berplus mulut ala itik sekati mendapat 100K likes.

Ramai yang likes. Ramai yang memuji. 

Tapi ramai juga yang savekan gambar anda untuk tatapan tiap malam.
Tapi ramai juga yang jadikan gambar anda untuk melepaskan nafsu.

Ramai sis. Kita je yang tak sedar kewujudan si 'ramai' ini.
Yang menjadi trend terkini apabila video Dubsmash menjadi satu perkara wajib untuk diupload.

Anda sedang menyanyi. Anda sedang berjoget.Anda sedang terberak
Eh eh,abaikan pliss =="

Semua anda upload. Video itu tak sampai seminit terus masuk ke dalam tiap tiap telefon canggih. Laju je internet tolong viralkan :3

Ramai yang tengok. Ramai bukan seorang malahan berjuta.
 Rambut anda kelihatan. Kaki anda diperhatikan. Susuk tubuh anda menjadi tatapan.

Anda mungkin tak sedar bahawa suami anda telah berkongsi dengan jutaan lelaki.
Beb,berjuta. Bukan satu mahupun dua tapi berjuta.

Sedangkan si dia hanya menyatakan hasrat untuk memasang lagi satu secara halal. 

Bagi anda yang masih berfikir secara waras,
Adilkah apa yang anda perlakukan?

Suami berkongsi dengan lelaki dengan jutaan lelaki
Anda hanya berkongsi dengan seorang perempuan yang halal buat si dia.

Disaat suami sedang bergagap gagap melafazkan akad nikah,disaat itu ramai lelaki melihat kecantikkan dan kesempurnaan pada diri anda. 

Fuh adil?

Nah satu kata kata pengiktirafan wanita daripada Rasulullah

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah

-HR. Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad-

Perhiasan itu menjadi sangat indah apabila perhiasan itu diletakkan dan dijagakan dengan rapi tanpa satu calitan debu :3

Sumpah cantik sangat.

Anda itu diibaratkan seperti batu berlian petala ke-7 bumi.Bukan mudah untuk melihat batu berlian berteraburan di atas jalan dan disepak masuk ke dalam longkang tapi mudah untuk melihat orang ramai berkejar kejaran untuk mendapatkan batu berlian :3

Anda indah maka jangan dedahkan.
Anda cantik maka jangan sebarkan.

Kerana  wanita solehah yang dimana dikatakan lebih cantik 70 kali berbanding seorang bidadari,

Fulamak kita lagi lawa weh berbanding dengan seorang bidadari,
*senyum*

So jom kita mengupgrade kesolehan kita buat si suami tercinta. Upgrade solehah kerana cintakan Lillah.

Soalan:
"Kau pernah tengok bidadari tak?"
"Tak."
"Memanglah tak pernah,masakkan bidadari nak tunjuk muka dia >.<"