Nukilan Hati

Khamis, 23 Februari 2017

Al Fateh



Sehari semalam sebelum majlis akad nikah berlangsung, aku terlihat ummi bersimpuh di atas sejadah berserta linangan air mata, aku hanya memerhati dari jauh. Tapi jauh dari sudut hati aku, teringin sekali aku menyertai aktiviti ummi aku. Menangis bersimpuh berdoa kepada Tuhan.

Lama aku perhatikan gerak geri ummi, kadang kala terdengar alunan surah taha dari ummi lalu aku terdengar pula esakkan suara dari ummi.

‘Kenapa ummi sedih sangat? Ummi sedih ke esok aku dah jadi isteri orang?’ aku berkata di dalam hati. Mungkin kehadiran aku di balik pintu disedari oleh ummi, lalu

‘’Kak, barang hantaran dah settle belum?’’

Gulp.
Kantoi aku tengah skodeng ummi.

‘’Dah mi. Semua dah settle yang tinggal cuma nak pergi masuk tidur je’’
‘’Meh duduk sini’’

Nak tak nak, kaki aku terus bersila di sisi ummi. Mungkin malam terakhir aku sebagai seorang anak ummi ingin menyampaikan sesuatu. Sesuatu ilmu untuk persediaan aku sebagai seorang isteri.

‘’Kamu boleh solat?’’
‘’Boleh mi’’

Setelah itu, ummi diam. Diam seolah aku sedang melakukan kesalahan. Aku menjadi buntu, buntu untuk menghidupkan suasana.

"Waj 'alli waziirammin ahli."

"Haaruna akhi."


"Usydud bihiii azri."


"Wa asyrikhu fii amri."


"Kai nusabbihaka kasiira."

Surah taha ayat 29 hingga 33 ummi bacakan. Aku terdiam menunggu perjelasan ummi. Tak sangka, ummi hafal surah taha.

‘’Dan maksudnya,
Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku
Iaitu Harun saudaraku
Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku
Dan jadikanlah dia turut bertanggungjawab dalam urusanku’’

Lalu ummi bertanya,

‘’Kakak tahukan apa Allah sambung seterusnya?’’

Aku mengangguk perlahan,

''Supaya kami sentiasa beribadah dan memujiMu’’

Air mata ummi bergenang. Ummi menarik tangan kanan aku lalu diletaknya tangan aku dengan senaskah al quran.

‘’Dalam sebuah perkahwinan,ia bukanlah satu benda yang boleh dibawa main. Esok makan bersuap bersama, lusanya berjerit meminta cerai.

Perkahwinan ini bukanlah tujuannya untuk menambahkan umat tapi tujuan yang terbesarnya adalah menjadikan keturunan yang bersifatkan Al Fateh.

Iya. Bersifatkan Al Fateh.

Sepertimana doa Nabi Musa kepada Allah,
Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku

Dan penyokong buat Nabi Musa adalah Nabi Harun untuk sama sama menyampaikan dakwah buat ummatnya tercinta.

Dan berbalik kepada kamu, kamu adalah penyokong buat suami kamu. Penyokong untuk dia menjadi seorang anak yang soleh, seorang suami yang terbaik dan menjadi seorang ayah yang hebat. Jadilah kamu penyokong buat suami kamu sehingga jasadnya tersemat di dalam tanah. Namun jangan berhenti disitu, jadilah pula penyokong buat anak kamu.

Dan ia bukannya bermula pada hari kamu di akad nikah namun sebelum kamu dijadikan isteri kamu perlu bersedia menjadi penyokong buat suami kamu.

Dan diakhir cerita itu, Nabi Musa berkata,
Supaya kami sentiasa beribadah dan memujiMu

Bawa anak anak kamu untuk sentiasa beribadah kepada Allah, ajarlah dia untuk sentiasa memujiNya agar satu keluarga kamu itu boleh bermain gelak tawa bersama di syurga.

Ummi letakkan pengharapan yang tinggi untuk kamu bawa keluarga kamu pada usia yang muda ini. Ummi harap umur 19 tahun kamu ini sudah cukup untuk mematangkan kamu.
Mematangkan kamu untuk menjadi penyokong buat suami kamu. Moga Baihaqi tak cari penyokong yang lain’’

Ummi cubit pipi aku lembut.

‘’Ummmmmmmmiiiiiii. Jangan laaa kata macam itu’’

Akhirnya pengakhiran penyampaian ilmu malam itu berakhir dengan gelak tawa. Betullah ummi kata dulu dulu,


‘’Kita kahwin bukan nak tunjuk relationship goal tapi kita kahwin untuk cari Allah's mercy’’