Hari ini viral dengan satu video mengenai kes perempuan gengster.
Fuh depa pukul sampai lumat. Perghh mahu lebam satu badan.
Fuh depa pukul sampai lumat. Perghh mahu lebam satu badan.
Kadang kadang kita suka untuk saling bergaduh dan membalas dendam antara satu sama lain. Dendam kesumat itu memang tersangat indah di saat perbalahan sesama manusia.
Mungkin kita lupa pada satu cerita yang dilakon khas oleh P.Ramlee iaitu cerita mengenai Abdul Wahab,Abdul Wahib dan Abdul Wahub. Kisah Tiga Abdul ini sememangnya satu cerita klasik yang gempak dengan sebuah erti kecintaan antara satu sama lain.
Cerita ini mengisahkan tiga adik beradik ini berbeza pendapat dan bermasam muka kerana menginginkan harta sepeninggalan ayah mereka. Oleh sebab itu,maka muncullah satu watak yang cuba untuk mengambil kesempatan terhadap mereka bertiga iaitu Sadiq Sigaraga.
Sadiq Sigaraga mempunyai agendanya tersendiri dengan mencadangkan agar mereka bertiga ini menjadi menantunya. Disebabkan sikap terburu mereka,Abdul Wahab dan Abdul Wahib tertipu lalu muflis dan mereka dijadikan sebagai hamba manakala Abdul Wahub yang dilakonkan oleh P.Ramlee tidak mudah terpedaya dengan rancangan mertuanya itu.
Abdul Wahub mula membalas dendam terhadap kezaliman Sadiq Sigaraga sehingga beliau dan anaknya dijadikan hamba. Plot jalan cerita yang menarik dan kelakar telah menarik penonton untuk bersorak di atas dendam yang dilakukan oleh Abdul Wahub. Dendam terbalas huyehhh! *gelengkan kepala*
Tapi apa yang menarik di akhir plot cerita ini P.Ramlee ingin menyampaikan pada setiap lapisan masyarakat ialah
"sejahat jahat keburukan seseorang itu,kemaafan adalah penawar yang terbaik!"
P.Ramlee mengherdik,menengking dan berkasar dengan abang kandung dan mertuanya dengan sepenuh hati. Tapi bijaknya P.Ramlee ini dengan menyusunkan plot jalan cerita dengan meleraikan pergaduhan ini dengan cara yang lemah lembut.
''Wahai kekandaku Abdul Wahab dan Abdul Wahib. Maafkanlah adinda,walaupun perbuatan adinda ini terlalu zalim tapi perbuatan adinda ini adalah semata mata untuk mencari keadilan. Maafkanlah adinda wahai kekanda. Kekanda maafkanlah Abdul Wahub"
Dari awal cerita ini ditayangkan,penonton ketawa terbahak bahak dengan dendam kesumat yang dikenakan pada keluarga Sadiq Sigaraga akhirnya berubah dengan adengan yang menyentuh hati.
Apa yang P.Ramlee ingin kongsikan,pada setiap kejahatan dibalas dengan kejahatan maka ia akan kekal berlarutan dan berpanjangan sehingga keegoaan melampau kebatasan. Perpisahan akan terus berpanjang,manusia akan hidup dalam penuh dengan kebencian.
Tapi apabila dendam itu dileraikan dengan kemaafan,hubungan manusia akan terbit kecintaan. Kemaafan itu bukan sesuatu kepayahan tapi ia adalah satu pengorbanan untuk menurunkan ego dengan melafaz kalimah mukjizat itu.
Apa yang ingin saya katakan ialah maafkanlah orang lain sepertimana kita ingin dimaafkan tatkala kita melakukan kesalahan. Lupakan kesalahannya dan mulakan untuk membuka lembaran kehidupan.
Tulisan hangat daripada saya
CheJilbab|21.10
CheJilbab|21.10
Tiada ulasan:
Catat Ulasan