#StandWithAllepo
Dunia ketika ini sepi tanpa sebarang kata,
Dunia ketika ini bisu tanpa rasa apa,
Dunia ketika ini seolah gelap tidak tahu apa yang berlaku disana,
Dunia kita ini seolah menghairankan.
Begitu menghairankan,
Aku jua keliru dan sangsi.
Semakin hari,
Semakin hilang nilai manusiawi.
Nilai kemanusia seperti dipermainkan oleh pihak berkuasa.
Nilai kasih sayang mereka,
Dimamah dengan sifat ketamakkan.
//
“I hope you can do something…”
“The Assad is just 300 metres from us…”
“They want us to die…”
“They were celebrating our dead bodies…”
“I hope you can remember us…”
BOOM! BOOM! BOOM!
Di saat kita sedang lena dalam mimpi mimpi indah disusuli suasana sejuk dek penghawa dingin di atas katil empuk,
Di saat kita aman menelaah buku di atas bangku yang kukuh,
Di saat kita memikirkan menu makanan untuk di makan,
Di saat kita memandu kereta mewah dengan aman,
Ada suatu kawasan yang masyarakat dan seisi negerinya dimamah hidup hidup oleh bedilan bom dan butir butir peluru yang padu terus menusuk jasad jasad yang lemah. Tidak perlu menunggu hari esok, cukup dalam tempoh saat,minit dan jam tubuh mereka dibunuh tanpa belas kasihan.
Darah merah hangat merencik merata rata tempat. Daging daging lembut melekat elok di dinding.
“They were celebrating our dead bodies…”
Aleppo. Aleppo. Aleppo.
Kota kedua terbesar di Syria. Salah satu bandar yang tidak berhenti diserang tanpa belas kasihan oleh tentera Rejim Al Bashar. Kisah Allepo dahulu hangat dibicarakan di media sosial hatta di media massa dan mulut mulut mereka yang peduli dan cakna dengan nasib yang menerima mereka. Tapi makin hari makin lama, khabar Allepo makin bisu diperkatakan.
Isu seperti ini seolah berlaku secara bermusim! Hanya ketika bom bom berterbangan di udara dan darah merah hangat mengalir di bumi Syria ini.
Kini, Aleppo semakin parah apabila kawasan timur juga dibedil oleh pihak Rejim Al Bashar. Bahagian timur itu dibedil tanpa belas kemanusian bermula dari bulan November hingga sekarang, tiada tanda untuk Aleppo ‘’berehat’’ daripada serangan ini. Untuk Aleppo ‘’berehat’’, peratusnya teramat nipis kerana Russia juga menguasai peperangan ini.
Tidakkah anda tertanya tanya, apakah usaha yang anda boleh lakukan untuk membantu mereka tanpa hadir secara fizikal untuk berperang dan menyelamatkan mereka?
Berikut adalah antara usaha yang anda boleh lakukan untuk Aleppo.
1. SPREAD THE WORDS!
Ceritakan kisah Aleppo ‘Bumi Berdarah’ kepada orang sekeliling anda, sebarkan cerita yang sedang berlaku di Aleppo. Masih ada segelintir di antara masyarakat kita tidak mengetahui mengenai ‘Bumi Berdarah’ ini.
Untuk mendapatkan informasi yang sahih lagi betul, anda boleh menerusi sumber sahih seperti whitehelmets.org atau badan-badan NGO terlibat.
Daripada anda membuang masa menonton video vine yang hambar, gunakan masa itu untuk menonton video video pengharapan daripada mereka semua. Rajinkan diri untuk share mengenai Aleppo. Tunjukkan sikap peduli kita semua. Zahirkan solidariti anda!
#StandWithAleppo #PrayForAleppo
2.’’SHARE OUR REZEKI’’
Inilah ruangnya untuk anda berbahagi rezeki dan mensucikan pendapatan anda. Mereka amat memerlukan dan apa salahnya jika kita memberi sedikit rezeki kita untuk mereka.
Di media sosial dan media massa kita sarat dengan misi bantuan kemanusiaan oleh NGO-NGO yang memberikan bantuan kepada rakyat Syria, jadi berkongsilah mengikut pendapatan anda untuk misi bantuan tersebut..
3.DOA
Doa. Iya berdoa.
Berdoa bukanlah usaha yang kita boleh pandang dengan sebelah mata,kerana doa orang mukmin itu ibaratnya senjata yang canggih yang telah Allah janjikan. Wujudkanlah keikhlasan di dalam hati agar satu doa dari berjuta doa kita itu dimakbulkan.
Mereka yang berada di Aleppo amat memerlukan doa kita agar jiwa-jiwa mereka itu diberi semangat dan kekuatan untuk sabar dalam ujian yang hebat ini.