Nukilan Hati

Jumaat, 25 Mac 2016

Nama

Baihaqi menghirup perlahan air kopi panas yang terhidang di ruang menunggu. Manakala Alyaa berada di ruang bersalin.

Teringat pula,Baihaqi menyentuh perut Alyaa,terasa betul tendangan anak sulungnya. Haishh cepatlah kuar main ps4 sama sama nanti.

"Weh Bai. Haha lama tak jumpa kau"
"Eh Zim. Haha kau buat apa kat sini"
Azim atau lebih famous Zim,member aku dari sekolah menengah.

"Wife aku nak salin. Kau?"
"Haha samalah"
Aku gelak. Mak aih cepatnya masa berputar. Kalau dulu sembang tak nak kahwin alih alih isteri masing masing nak beranak daa.

"Woi korang haha. Sihat?"
"Sihat je bruh. Kau pe cer?"
Ini pula Amir. Orang panggil Mir.

"Sihat. Bini korang pun tengah bersalin ke"
Aku dan Zim serentak mengangguk. Wuish tak sangka rupanya sekarang musim bunting.

"Kau dah fikir ke nama anak kau?"
Sekian lama kami diam,akhirnya bersuara juga suara Zim.

"Anak aku lelaki. Nama anak sekarang kan top takkan nak bagi nama orang dulu. So aku dah decided nak bagi nama anak aku Mustashfa"
Mir dengan bangga menyebut nama anaknya. Sedap betul disebut.

"Hah. Aku lak anak perempuan. Tadi aku baru je jalan kat bahagian baby,saja ushar nama baby kat sini. Ada Lysa,Adins,Rania. So aku pun dah tekad nak bagi nama anak aku Mazbalah"
Zim pun sama. Memang nama anak zaman sekarang fuh berbelit belit nak sebut.

"Kau?"
Mereka berdua serentak bertanya. Terangkat kening Zim menunggu jawapan aku.

"Anak aku lelaki. So aku nak bagi nama Muhammad El Rifael"

"What Muhammad?"
"Old school laa. El Rifael dah lah"
Zim dan Mir tersenyum simpul dengan nama anak aku.

Aku diam.

"Ada apa dengan nama Muhammad?"
Azim menyoal.

"Itu nama Baginda"
Mereka terdiam.

"Anak adalah tanggungjawab kita. Jangan kerana sedap didengar tapi makna nama itu kita sendiri tak tahu"

"Sedap apa nama anak aku. Mustashfa dan Mazbalah? Kedua dua nama ini adalah bahasa Arab"
Amir bangun membantah.

"Apa maksud dia?"
Aku memandang mereka berdua. Mereka memandang ke lantai sambil menguis kaki.

Aku menaip sesuatu di google translate. Lalu menghulurkan makna anak mereka.

Mustashfa - Hospital
Mazbalah - Tong sampah

Dan aku melihat mereka termangku sendirian.

"Anak adalah tanggungjawab kita. Jangan kerana trend kita lupa apa maknanya"

Aku bangkit lalu menolak masuk ke labour room.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan