Sehari semalam sebelum majlis
akad nikah berlangsung, aku terlihat ummi bersimpuh di atas sejadah berserta
linangan air mata, aku hanya memerhati dari jauh. Tapi jauh dari sudut hati
aku, teringin sekali aku menyertai aktiviti ummi aku. Menangis bersimpuh berdoa
kepada Tuhan.
Lama aku perhatikan gerak geri
ummi, kadang kala terdengar alunan surah taha dari ummi lalu aku terdengar pula
esakkan suara dari ummi.
‘Kenapa ummi sedih sangat? Ummi sedih
ke esok aku dah jadi isteri orang?’ aku berkata di dalam hati. Mungkin kehadiran
aku di balik pintu disedari oleh ummi, lalu
‘’Kak, barang
hantaran dah settle belum?’’
Gulp.
Kantoi aku tengah skodeng ummi.
‘’Dah mi. Semua dah
settle yang tinggal cuma nak pergi masuk tidur je’’
‘’Meh duduk sini’’
Nak tak nak, kaki aku terus
bersila di sisi ummi. Mungkin malam terakhir aku sebagai seorang anak ummi
ingin menyampaikan sesuatu. Sesuatu ilmu untuk persediaan aku sebagai seorang
isteri.
‘’Kamu boleh solat?’’
‘’Boleh mi’’
Setelah itu, ummi diam. Diam
seolah aku sedang melakukan kesalahan. Aku menjadi buntu, buntu untuk
menghidupkan suasana.
"Waj 'alli waziirammin ahli."
"Haaruna akhi."
"Usydud bihiii azri."
"Wa asyrikhu fii amri."
"Kai nusabbihaka kasiira."
"Haaruna akhi."
"Usydud bihiii azri."
"Wa asyrikhu fii amri."
"Kai nusabbihaka kasiira."
Surah taha ayat 29 hingga 33 ummi bacakan. Aku
terdiam menunggu perjelasan ummi. Tak sangka, ummi hafal surah taha.
‘’Dan maksudnya,
Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari
keluargaku
Iaitu Harun saudaraku
Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku
Dan jadikanlah dia turut bertanggungjawab dalam urusanku’’
Dan jadikanlah dia turut bertanggungjawab dalam urusanku’’
Lalu ummi bertanya,
‘’Kakak tahukan apa
Allah sambung seterusnya?’’
Aku mengangguk perlahan,
''Supaya kami sentiasa beribadah dan memujiMu’’
Air mata ummi bergenang. Ummi menarik tangan kanan aku lalu
diletaknya tangan aku dengan senaskah al quran.
‘’Dalam sebuah
perkahwinan,ia bukanlah satu benda yang boleh dibawa main. Esok makan bersuap
bersama, lusanya berjerit meminta cerai.
Perkahwinan ini bukanlah
tujuannya untuk menambahkan umat tapi tujuan yang terbesarnya adalah menjadikan
keturunan yang bersifatkan Al Fateh.
Iya. Bersifatkan Al
Fateh.
Sepertimana doa Nabi
Musa kepada Allah,
Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari
keluargaku
Dan penyokong buat
Nabi Musa adalah Nabi Harun untuk sama sama menyampaikan dakwah buat ummatnya
tercinta.
Dan berbalik kepada
kamu, kamu adalah penyokong buat suami kamu. Penyokong untuk dia menjadi
seorang anak yang soleh, seorang suami yang terbaik dan menjadi seorang ayah
yang hebat. Jadilah kamu penyokong buat suami kamu sehingga jasadnya tersemat
di dalam tanah. Namun jangan berhenti disitu, jadilah pula penyokong buat anak kamu.
Dan ia bukannya
bermula pada hari kamu di akad nikah namun sebelum kamu dijadikan isteri kamu
perlu bersedia menjadi penyokong buat suami kamu.
Dan diakhir cerita
itu, Nabi Musa berkata,
Supaya kami sentiasa beribadah dan memujiMu
Bawa anak anak kamu untuk
sentiasa beribadah kepada Allah, ajarlah dia untuk sentiasa memujiNya agar satu
keluarga kamu itu boleh bermain gelak tawa bersama di syurga.
Ummi letakkan pengharapan
yang tinggi untuk kamu bawa keluarga kamu pada usia yang muda ini. Ummi harap
umur 19 tahun kamu ini sudah cukup untuk mematangkan kamu.
Mematangkan kamu untuk
menjadi penyokong buat suami kamu. Moga Baihaqi tak cari penyokong yang lain’’
Ummi cubit pipi aku lembut.
‘’Ummmmmmmmiiiiiii. Jangan laaa
kata macam itu’’
Akhirnya pengakhiran penyampaian ilmu malam itu berakhir
dengan gelak tawa. Betullah ummi kata dulu dulu,
‘’Kita kahwin bukan
nak tunjuk relationship goal tapi kita kahwin untuk cari Allah's
mercy’’
