Nukilan Hati

Sabtu, 7 Januari 2017

Multiple choice



Di dunia ini Allah berikan kita dengan pelbagai pilihan atau lebih dikenali sebagai multiple choice. Hanya atas dasar fikiran kita untuk memilih jalan yang mana yang terbaik diantara yang terbaik.

False or True?
Y or X?
Yay or Ney?

Iya. Semuanya diatas jari kita untuk memilih tombol kehidupan. 

“Nak buat macam mana, Allah yang takdirkan aku jahat. Salah aku juga ke?”

Pada mereka segala keburukan dan kejahatan itu semuanya kerana Allah SWT yang mentakdirkan mereka untuk melakukannya. Maka kesemua kejahatan yang berlaku di dunia ini semuanya berpunca kerana  Allah yang mentakdirkan. 

Ini adalah salah satu sisi pandangan yang teramat salah. Seratus peratus salah! 

Benar, segala yang terjadi pada kita pada hari ini, ditentukan oleh Allah SWT. Jika tidak, masakkan kita menjadi seperti hari ini. Apa yang perlu anda fahami sekarang ialah, perkara yang berlaku pada hari ini sama ada buruk ataupun baik, sebenarnya kesan daripada pilihan kita sebelum ini.

Iya. Pilihan.

Namun, Allah bukan beri satu sahaja tombol pilihan,berbagai bagai pilihan yang Allah bagi kepada kita namun kita lebih suka memilih sesuatu yang lebih membinasakan.

Allah bagi nikmat untuk belajar di sekolah tapi kita lebih memilih untuk ponteng ke sekolah.
Allah bagi kita kekayaan tapi kita lebih memilih untuk menggunakan ke arah ke maksiatan.
Allah bagi kita ibu dan ayah tapi kita lebih memilih untuk menjadi anak derhaka.
Dan Allah memberikan kita pilihan untuk menjadi hamba yang taqwa namun kita memilih untuk menjadi hamba yang kufur.

Dan andai anda tahu, di setiap jalan kehidupan yang kita lalui sekarang, Allah mengurniakan seorang manusia untuk memberikan pilihan.

-Segala sesuatu itu telah pun ditentukan namun manusia diberi pilihan-

Oleh hal yang demikian, sekiranya kita mengkaji ayat quran secara mendalam, Allah sendiri memberikan manusia itu kuasa untuk memilih antara kebaikan dan kejahatan. Bacalah ayat Allah ini,

“Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya). Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa.”
Surah Asy-Syams ayat 7-8.

Ada bisikan bisikan untuk mengheret kita ke arah keburukan namun masih ada jua bisikan bisikan untuk menolak kita kelembah kebaikan. Di situ kuasa untuk memilih Allah berikan kepada kita. 

Tapi bukan bermakna, sekiranya kita memilih untuk berbuat jahat maka Allah tidak murka ke atas kita dek kerana Allah yang berikan kita kuasa. Kuasa ini lah salah satu tanggungjawab kita dan bersedialah dengan segala apa yang akan datang, kesan daripada pilihan kita.  

Kita memilih untuk berzina,
Akan datang, adik perempuan kita pula dirogol.


Kita memilih untuk membunuh,
Akan datang, kekasih kita dibunuh 14 kerat dengan kejam.


Kita memilih untuk berkata kesat,
Akan datang, mulut kita sukar mengucap nama Allah.

-Segala sesuatu itu telah pun ditentukan namun manusia diberi pilihan-

“Tidak ada paksaan dalam agama, kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
Surah Al-Baqarah ayat 256.

Pada ayat ini, sudah terang lagi bersuluh bahawa kita bebas memilih antara kebenaran ataupun kebatilan namun pada dua ini terdapat bezanya. Ianya mempunyai dua jalan yang berbeza pengakhiran.

Yang baik mendapat syurga.
Yang jahat mendapat neraka.

‘’Ini semua salah Tuhan yang tentukan keburukan untuk aku!”

Kita tidak boleh senang senang menyalahkan segala keburukan di dunia ini kerana Allah dan kita tidak boleh dengan senang senangnya mengeji Allah kerana menentukan keburukan kepada kita.

Kita sendiri perlu menyoalkan diri kita, apa pilihan hidup yang kita pilih?

Menjadi yang taqwa ataupun yang kufur?
Menjadi anak yang soleh ataupun anak derhaka?
Menjadi pelajar terbilang ataupun menjadi pelajar yang rosak akidahnya?

Dan andainya kita sedar bahawa kita mempunyai kuasa untuk memilih, gunalah kuasa memilih itu ke arah kebaikan. Maka bermulalah kita melihat diri kita sendiri.

Titik muhasabah itu berada di tangan kita. 

Itu sahaja. Selamat mengambil ikhtibar. Assalammualaikum *lambai tangan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan