Teramat marah sehingga dia keluar rumah hingga larut malam. Iya sebagai isteri,aku risau. Aku call tak di jawab. Aku mesej tak di balas.
Aku rasa rumah tangga aku bakal hancur dengan mudah. Kami bergaduh kerana salah faham disebabkan orang ketiga.
Orang ketiga yang datang dari dua dua pihak.
Seorang perempuan cantik lalu di hadapan meja Baihaqi lalu meninggalkan secebis kertas
''Let have lunch together today
-Lucia-''
Iya. Baihaqi tidak melayan tapi hati aku pedih. Perempuan itu lagi lawa dari aku kot. Manakala orang ketiga belah pihak aku pula meninggalkan sejambak bunga rose.
Lalu tanpa ragu aku whatsaap Baihaqi,
''Thanks for the rose''
''When did i give?''
Dan selepas itu kami bergaduh. Bergaduh seolah kami mempunyai orang simpanan.
...
Aku capai Al Quran pemberian Baihaqi hari itu. Al Quran berkulit warna turqoise. Warna kegemaran aku.
Aku tatap Quran itu lalu menangis,menangis kerana kehilangan manusia yang aku cintai. Menangis kerana pasangan aku kini tiada.
Perlahan aku membuka Kalam Allah,
Dan kali ini hati aku seolah olah di siat.
Surah yang aku bukakan ini berkaitan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
...
Nabi Ibrahim a.s sifatnya suka berkorban, dikorbankan segala haiwan ternakan, 1000 ekor kambing, 300 ekor lembu dan 100 ekor unta hinggakan para malaikat amat kagum dengan perbuatannya.
Dan kali ini hati aku seolah olah di siat.
Surah yang aku bukakan ini berkaitan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
...
Nabi Ibrahim a.s sifatnya suka berkorban, dikorbankan segala haiwan ternakan, 1000 ekor kambing, 300 ekor lembu dan 100 ekor unta hinggakan para malaikat amat kagum dengan perbuatannya.
"Semua yang menjadi qurbanku itu belumlah menjadi apa-apa bagiku. Demi Allah, kalau aku mempunyai anak lelaki, tentu aku akan persembahkan juga di jalan Allah dan aku korbankan dia untuk Allah SWT."
Berselang tahun demi tahun, terlupalah Nabi Ibrahim tentang ucapan berupa nazar itu. Ketika berada di tanah suci Bakkah (Makkah), Baginda berdoa memohon dikurniakan seorang anak lelaki, maka Allah SWT telah mengabulkan permohonan itu, lahirlah Ismail. as.
Allah SWT berfirman terkandung di dalam Surah As-Saaffat:
وَقَالَ إِنِّى ذَاهِبٌ إِلَىٰ رَبِّى سَيَہۡدِينِ (٩٩) رَبِّ هَبۡ لِى مِنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ (١٠٠) فَبَشَّرۡنَـٰهُ بِغُلَـٰمٍ حَلِيمٍ۬ (١٠١
"Dan Nabi Ibrahim pula berkata: Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Dia akan memimpinku (ke jalan yang benar). (99) Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh! (100) Lalu Kami berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia akan beroleh seorang anak yang penyabar. (101)
Ketika usia Nabi Ismail a.s dikadar yang sudah boleh berjalan dan berusaha,Nabi Ibrahim bermimpi satu perintah, ”Tunaikanlah nazarmu!”
Nabi Ibrahim a.s tidur, lalu bermimpi ada orang berkata: "Hai Ibrahim, tunaikanlah nazarmu!". Pada pagi keesokan harinya Nabi Ibrahim a.s berfikir, apakah mimpinya itu dari Allah atau dari syaitan?
Pada malamnya, Nabi Ibrahim bermimpi lagi buat kali keduanya, perkara yang sama. Maka pada hari esoknya, dia pasti bahawa mimpinya itu dari Allah SWT.
Kemudian pada malam ketiganya, bermimpi lagi seperti itu. Maka yakinlah Nabi Ibrahim a.s atas perintah melaksanakan nazar itu, iaitu melakukan penyembelihan.
Pada hari itu Iblis tidak henti-henti berusaha menggagalkan usaha Nabi Ibrahim a.s untuk menyembelih Nabi Ismail a.s. Ketika Nabi Ibrahim a.s hendak melaksanakan penyembelihan, dia berkata kepada Hajar, ibu Nabi Ismail a.s, "Pakaikanlah anakmu Ismail dengan pakaian yang paling baik, kerana aku akan membawanya berjalan keluar."
Maka Hajar pun memakaikan pakaian, menyisir dan meminyakkan rambutnya dengan sebaik-baiknya. Nabi Ibrahim a.s pula membawa tali dan pisau, kemudian pergi bersama-sama Ismail ke arah Kota Mina sekarang.
Melihat keadaan itu, Iblis tidak duduk diam. Dia mencari jalan bagaimana untuk menggagalkan rancangan Nabi Ibrahim a.s. Dilihatnya Nabi Ismail a.s yang sedang membesar itu, berlari-lari riang di sisi ayahnya.
Lalu Iblis berkata, "Wahai Ibrahim, tidakkan engkau perhatikan ketampanannya, indah rupanya dan baik pekertinya?"
Kata Nabi Ibrahim a.s, "Ya, benar! Tetapi aku diperintahkan untuk itu..."
Ketika Iblis terkutuk itu telah berputus asa terhadap Nabi Ibrahim a.s, dia pergi menemui Siti Hajar, seraya berkata: "Bagaimana engkau duduk diam sahaja, sedangkan Ibrahim pergi dengan anakmu yang akan disembelihnya?"
Kata Hajar, "Jangan engkau bohong, saya tidak pernah dengar ada seorang ayah tergamak menyembelih anaknya sendiri."
Kata Iblis, "Itulah sebabnya dia membawa pisau dan tali."
"Untuk apa dia menyembelihnya?" Tanya Hajar.
Jawab Iblis, "Dia menyangka, bahawa Tuhannya telah memerintahkan itu."
Maka kata Hajar, "Jika begitu, Nabi itu tidak pernah diperintahkan untuk sesuatu yang bathil, dan saya sentiasa bersiap sedia untuk menebus perintah itu dengan nyawaku, apatahlagi dengan nyawa anakku."
Lalu Iblis amat kecewa dengan Siti Hajar, dia lantas menemui Ismail.
Dia berkata, "Wahai Ismail, sesungguhnya engkau bersenang-senang, sedangkan ayahmu membawa tali dan pisau untuk menyembelihmu."
Kata Ismail, "Jangan engkau berbohong, mengapa pula ayah hendak menyembelih saya?"
Kata Iblis, "Dia menyangka, bahawa Tuhannya telah memerintahkan itu."
Maka kata Ismail, "Kami menjunjung dan mentaati perintah Tuhanku."
Ketika Iblis sibuk cuba meyakinkan Nabi Ismail dengan kata-katanya, Nabi Ismail a.s mengambil batu, lalu melemparkannya kepada Iblis, hingga lebam matanya, hingga Iblis lari dengan kecewa. Maka dari peristiwa itulah, Allah SWT mewajibkan untuk kita melontar batu ke tempat itu, dengan mencontohi Nabi Ismail a.s dan Nabi Ibrahim Khalilur Rahman.
Apabila tiba di Mina, Nabi Ibrahim a.s berkata kepada puteranya Nabi Ismail a.s., sepertimana tersebut di dalam Al-Quran,
فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعۡىَ قَالَ يَـٰبُنَىَّ إِنِّىٓ أَرَىٰ فِى ٱلۡمَنَامِ أَنِّىٓ أَذۡبَحُكَ فَٱنظُرۡ مَاذَا تَرَىٰۚ قَالَ يَـٰٓأَبَتِ ٱفۡعَلۡ مَا تُؤۡمَرُۖ سَتَجِدُنِىٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّـٰبِرِينَ
"Maka ketika anak itu sudah sampai baligh (dewasa), Ibrahim berkata kepadanya: "Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam tidurku, bahawa aku menyembelih engkau, maka bagaimana pendapatmu?" Kata anaknya: "Wahai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan kepada ayah, insyaAllah ayah akan mendapati saya termasuk orang-orang yang sabar." (As Shaffaat:37:102)
Mendengar kata-kata puteranya itu, Nabi Ibrahim a.s menyedari bahawa permohonannya kepada Allah SWT telah dikabulkan iaitu:
رَبِّ هَبۡ لِى مِنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ
"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang yang soleh!" (As Shaffaat:37:100)
Maka dia memuji Allah dan bersyukur dengan sebanyak-banyaknya.
Setelah itu, berlakulah dialog yang menyentuh hati sanubari antara seorang anak dan ayah yang bakal berpisah kerana mentaati Tuhannya...
Ketika penyembelihan hendak dilaksanakan, Ismail a.s berkata kepada ayahnya:
"Wahai ayah, saya ingin sampaikan beberapa permintaan kepada ayah:
- Hendaklah ayah mengikat tangan saya, supaya saya tidak meronta-ronta, yang akan menyulitkan ayah;
- hendaklah wajah saya dihadapkan ke tanah, supaya ayah tidak melihat wajah saya yang akan menimbulkan kasih sayang ayah kepada saya;
- hendaklah ayah melipatkan kain ayah, supaya tidak berlumuran darah sedikitpun, sehingga mengurangi pahala saya dan mungkin juga akan diketahui ibu, sehingga dia menjadi susah;
- hendaklah ayah mengasah pisau ayah, agar mempercepatkan jalannya atas leher saya, supaya meringankan rasa sakit, kerana mati itu sakit sekali;
- hendaklah ayah membawa baju saya kepada ibu sebagai kenang-kenangan dan katakanlah kepadanya :"Bersabarlah engkau terhadap perintah Allah",
- janganlah diberitahu kepadanya bagaimana cara ayah menyembelih saya dan bagaimana ayah mengikat tangan saya;
- hendaklah ayah tidak membawa anak-anak (seusia saya) ke rumah ibu, supaya rasa sedihnya tidak timbul kembali
- dan kalau ayah mengetahui anak yang sebaya saya, hendaklah ayah tidak melihatnya, sehingga ayah terkenang menjadi susah dan duka."
Maka kata Nabi Ibrahim a.s:
"Sebaik-baik penolong, adalah engkau hai anakku, untuk melaksanakan perintah Allah Taala."
فَلَمَّآ أَسۡلَمَا وَتَلَّهُ ۥ لِلۡجَبِينِ
"Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami)." (As Shaffaat:37:103)
Dan diletakkan pisaunya pada leher puteranya, maka dia mulai menyembelihnya dengan kuat sekali, akan tetapi dia tidak mampu melukai lehernya.
Kemudian Nabi Ismail a.s berkata: "Wahai ayahku, lepaskanlah tali tangan dan kakiku, supaya Allah Taala tidak memandang saya sebagai orang yang terpaksa."
Maka Nabi Ibrahim pun menelentang kedua tangan Ismail dan kedua kakinya tanpa ikatan, serta memalingkan wajahnya ke arah tanah, lalu menetak pisaunya dengan sekuat tenaga. Pisau itu membalik serta tidak dapat melukai leher Ismail dengan izin Allah.
Kata Ismail a.s: "Wahai ayahku, kekuatanmu menjadi lemah, kerana masih ada rasa cintamu kepadaku, sehingga ayah tidak dapat menyembelih saya,"
Maka Nabi Ibrahim memukulkan pisau itu kepada batu, dan batu itu terputus dua. Kata Ibrahim a.s: "Hai pisau, engkau mampu membelah batu, tetapi kamu tidak dapat memotong daging?"
Pisau itu berkata dengan izin Allah: "Hai Ibrahim, engkau mengatakan:"Potonglah!" sedangkan Allah berfirman: "Jangan engkau potong", maka bagaimana saya mentaati engkau sedangkan saya harus pula mendurhakai Tuhanmu?" Kemudian Allah SWT berfirman:
قَدۡ صَدَّقۡتَ ٱلرُّءۡيَآۚ إِنَّا كَذَٲلِكَ نَجۡزِى ٱلۡمُحۡسِنِينَ
"Dan Kami (Allah) menyeru: Hai Ibrahim, sesungguhnya engkau telah membenarkan mimpi itu dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang yang berbuat baik."
Lalu Malaikat Jibril a.s telah datang membawa seekor kibas sebagai gantian Nabi Allah Ismail a.s. sebagaimana firman Allah SWT:
وَفَدَيۡنَـٰهُ بِذِبۡحٍ عَظِيمٍ۬
Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. (As Shaffaat:37:107)
...
Aku tidak mampu untuk meneruskan bacaan. Sebak dengan cerita Nabi Ibrahim yang tercatat di dalam quran. Aku rindu wahai suami..
Aku terdengar esakkan seseorang seperti sedang selsema. Aku melihat kiri kanan.
Tiada siapa.
Dan akhirnya ada yang memeluk aku dari arah belakang.
Aku tahu.
Aku kenal.
Dia lah Baihaqi. Lelaki ego tapi manja.
Aku pusing lalu membalas pelukkannya.
''Maaf sebab ''
''Nope! Saya minta maaf. Sebab tinggal awak seorang''
Baihaqi mengesat air mata aku lalu mengalihkan Quran di tangan. Telekung aku masih statik di kepala,ubun ubun aku terasa panas.
Iya,Baihaqi cium dahi aku.
''Tanpa awak,
Siapa yang akan siapkan baju saya.
Siapa yang akan siapkan makan minum saya.
Siapa yang bakal bergadai nyawa lahirkan anak saya.
Dan tanpa awak,
Saya takkan pernah berasa bahagia''
Aku peluk bahu dia.
Perkahwinan bukannya selalunya sweet like marshmallow and cotton candy tapi kadang kadang pahitnya mengalahkan hempedu. Tak seperti orang selalu hebah-hebahkan. Indah dan manis.
Marriage is not our goal, our goal is to get Allah's mercy.
