Nukilan Hati

Ahad, 28 Februari 2016

Untuk Kau

Hari ini sebenarnya hari jadi Baihaqi. Aku tahu hari jadi dia pun melalui Facebook,itupun kebetulan aku teringin nak stalk dia. Stalk takut kalau dia ada melayan perempuan lain.

Alih alih aku nampak kawan kawan dia sent

"Sannah Helwah bruhh''

''Dah tua kau. Bila woi nak ada orang ketiga?''

''Pergh tahun ini sambut birthday dengan bini woott''

Terus aku tampar dahi aku. Ya Allah birthday dia hari ini.

Seorang isteri yang tak ingat hari jadi suami pergh senget betul. Hadiah pun tak ada wish pun tak lagi. Mm apa nie 😭

Aku melangkah ke living room,nampak susuk tubuh seorang lelaki terbaring di atas sofa sambil layan cerita Tomorrowland.

Aku pandang dia. Dia pandang aku.

" Em apa pandang pandang? Saya bebas dari berhutang"

Aku diam. Emm nak wish ke tak.

"Happy birthday"

Dia diam lalu pandang muka aku. Lama sangat dia pandang.

"Thanks"

Itu sahaja ayat dia. Emm nampak sangat dia kecewa dengan aku 😭 . Dia capai remote terus dia tukar channel lain. Semua channel dia tekan dari astro ke Fox Movie.

Aku yang sebelah dia masih begitu. Kaku duduk sebelah singa.

"Maaf  sebab hadiah pun tak ada"

Dia pandang sekilas dan campak remote ke atas sofa setelah TV ditutup. Ok singa daa maraaa. Dia pegang dagu aku lalu

"Awak adalah hadiah yang terbaik buat saya. Itu dah cukup"

Ehhh. Dia taa maraa?

Aku pandang dia. Betul ke ini yang aku dengar.

"Kesolehan awak itu adalah hadiah terbaik buat saya"

"Sebenarnya setelah kita nikah saya nak awak just duduk rumah,jaga makan minum saya tapi selepas saya fikir. Saya berkongsi awak dengan masyarakat dan agama. Pagi awak sebagai CEO syarikat malam awak sebagai murabbi"

" Ramai kawan kawan saya minta cari yang kedua untuk uruskan makan minum saya tapi bagi saya

Saya dah dapat bidadari dunia yang terbaik kenapa saya nak cari yang lain yang belum tentu seperti awak

Walhal saya sendiri tak mampu nak jadi seperti awak

Dan saya berharap awak adalah bidadari dunia saya dan bidadari syurga saya. Saya tak nak perempuan lain selain awak"

Aku sebelah terasa seperti di kayangan. Sebak ada gembira ada sedih ada. Semuaa ada.

" Saya ada sesuatu untuk awak" 

Baihaqi keluarkan sesuatu dari kocek seluar lalu sebentuk cincin terpasang kemas di jari manis.

"Terima kasih sebab jadi isteri yang menyenangkan"

"Terima kasih sebab selama ini aurat awak hanya saya yang pandang. Orang lain tak pernah"

"Terima kasih juga muka awak yang cantik tak diduck facekan. Tak di muncungkan"

"Terima kasih sayang"

Dan aku menangis berpelukkan di bahu dia. Mak aih awaa nie buat saya touching lah.

Terima kasih sebab jadi kawan halal saya
Dari isteri comel mu


Nanti balik dari hospital mohon baca. Bukan  senang nama awak ada kat sini 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan