Nukilan Hati

Rabu, 30 Disember 2015

Awal atau Lambat?

Penulis asal: Alyaa Ibrahim

'Alyaa'

Suara Siti yang membingitkan itu cukup membuatkan telinga ini mengeleter seketika.

"Apa?" Potong line betul. Kacau orang nak buat assignment itu memang pekerjaan wajib bagi Siti.

Susuk tubuh kecil Siti merapati tubuh hangat yang sibuk mengeluarkan ayat. Siti menghulurkan sekeping kertas A4 untuk ditulis.

"Aku tak ada masa lah nak main"

"Aku bukan nak ajak kau main"

"And then? Nak ajak aku kahwin?" Muka aku mencebik. Ayat seterusnya ditaip perlahan. Idea baru sahaja datang,tiba tiba

Siti mengetuk meja dengan kuat

"Hah! Pandai pun!"

Aku menjeling. Puas kot buat idea aku hilang kali kedua.

"Okey. Kali ini aku layan kau. Kalau tak memang tak siap ah assignment aku kena kacau dengan kau"

Laptop Apple ditutup. Mata mula memandang tepat pada bebola mata Siti. Entah apa kaitan kahwin yang ingin diketahui.

"Hah macam itulahhh. Aku nak tanya kau bab kahwin ini" Siti mengangkat kening tanda dia terlalu excited untuk mengetahui mengenai perkahwinan.

"Ok. What is the question that you want to know about 'kahwin'?" Muka aku mula serius. Apa hal entah Siti nak bertanyakan hal kahwin. Ingat aku ejan cari jodoh?

"Kau prefer kahwin awal atau kahwin lambat?" Muka Siti bersinar seolah meminta pendapat untuk mendapatkan hujah. Atau lebih tepat untuk mengetahui apakah keseronokan berkahwin awal.

"Bagi aku,awal atau lambat sebenarnya bukanlah sesuatu isu yang patut kita persoalkan. Jika jodoh awal,tanggungjawabnya masih sama seperti berkahwin lambat. Tak semesti kahwin awal tanggungjawabnya besar berbanding kahwin lambat."

"Ohh" Muka bulat Siti mengangguk perlahan.

"Kau rasa best tak kahwin awal?" Nada bahasa yang digunakan Siti menunjukkan tanda dia begitu teruju. Ehem weh Siti kau nak kahwin eh?

"Awal atau lambat,bila berkahwin mestilah best. Tapi apa yang aku nak highlightkan pasal kahwin ini,kahwin ini bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main. Kahwin ini bukanlah untuk menambahkan bilangan umat islam tapi membentuk sebuah masyarakat islam. Untuk membentuk masyarakat islam ini,awal perkenalan pun mestilah berlandaskan islam.

Kalau awal perkenalan kita dah terjebak dengan kemaksiatan maka hasilnya keluarga yang kucar kacir.
Kalau time akad nikah,bakal isteri pakai baju ketat maka hasilnya anak yang tidak mampu menutup aurat.

Andai dari awal kita menjaga hingga ke anak cicit pun masih terjaga"

Air muka Siti mula berubah. Tak terdetik pula untuk aku bertanya. Mungkin dia tersedar apa kesalahannya.

"Apa lagi yang kau boleh cakap berkaitan kahwin?"

"Banyak sangattt. Sampai aku nak cerita pun tak larat.

Kita pada usia muda macam ini,selalu berangankan untuk berkahwin awal tapi kita tak pernah atau terdetik untuk berfikir bagaimana andai kita mati awal?

Perempuan sekarang mereka sibuk mencari imam untuk dirinya tapi tak sibuk menjadi makmum yang terbaik untuk bakal imamnya.

Aku tak maksudkan kahwin ini sesuatu yang susah tapi apa yang aku nak highlightkan kahwin ini merupakan satu tanggungjawab untuk melahirkan masyarakat yang hebat. Masyarakat yang mampu melahirkan kembali kegemilangan islam seperti Sultan Al Fateh dan Hassan Al Banna"

"Hah Aiman Banna?"

"Hassan Al Banna" Aku menjeling. Aimam dah kahwin sengal.

"Ohh haha ok" Siti mendiamkan diri. Mungkin soalan kahwin sudah habis.

Laptop Apple kembali dihidupkan untuk menyelesaikan tanggungjawab.

"Alyaa. Kalau kau nak kahwin awal atau lambat?" Siti merenung mata aku untuk mengetahui jawapan.

Perlahan lahan aku mengeluh. Teringat balik cerita cinta yang tak menjadi dulu. Cehh dulu lahhh.

"Aku pun manusia. Nafsu nak kahwin itu kadang kadang membuak. Serius aku cakap,aku pun dulu nak kahwin awal. Tapi Allah aturkan semuanya indah,cinta aku dulu tak menjadi dan selepas itu aku tersedar sesuatu. Kahwin ini perlukan persiapan yang maha banyak. Kematangan dan emosi banyak digunakan selepas berkahwin.

Kematangan untuk menguruskan rumah tangga.
Emosi untuk melayan kerenah suami dan anak.

Semua itu perlukan persiapan yang kuat.

Dan aku belum bersedia"

Siti hanya tersenyum memahami semua jawapan yang diberikan lalu bangkit menuju ke bilik.

"Siti,aku doakan moga kau akan bahagia dengan pasangan pilihan kau walau aku tahu kau sendiri ragu dengan pilihan kau"

Perlahan lahan kaki Siti melangkah. Laptop Apple masih setia bercahaya,menunggu untuk diguna.

Aku masih diam tak bergerak. Idea masih membeku. Perlahan wajah si dia menghantui aku. Masakkan aku lupa si buah jantung hati.

"Astagfirullahhalazim"

Muka ditutup,perlahan air mata mengalir. Bangkitlah dari kesakitan lama. Laptop ditutup untuk kali seterusnya.

Langkah mulai mendekati bilik untuk menunaikan solat.

'Yang pasti aku belum bersedia' Perlahan ayat ini keluar dari hati tapi cukup buatkan diri ini tabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan