Nukilan Hati

Rabu, 30 Disember 2015

Daie Maya


Alisa melangkah masuk ke dalam rumah sewa. Semua roomate dia terperap di dalam bilik,mungkin melayan alat gadjet mewah.

Dia masuk ke dalam biliknya yang dia berkongsi bersama Alyaa. Gelap gelita yang ada hanya cahaya laptop. Ternampak susuk tubuh seseorang terbaring di atas katil sambil melayan laptop Apple.

"Alyaaa"

Diam sepi. Telinga Alyaa ditutupi dengan earphone biru. Matanya pula tertatap tepat ke arah laptop.

Alisa keluar menuju ke bilik yang seterusnya. Diketuk perlahan dan masuk terus menuju ke arah Siti dan Yanti.

"Weh gais,abang aku masak spageti ini. Jom makan"

"Yeahhhh abam sado masak spageti"

Mereka berdua menghilangkan diri setelah mendapat tahu Abang Shukri masakkan spageti untuk mereka berempat.

Abang Shukri aka abang mee simpul Alisa memang pakar memasak western food. Sebut sahaja nama makanan barat,terus dibuat tanpa banyak soal. Abang Alisa memang digilai oleh perempuan termasuklah Siti dan Yanti.

Alyaa? Entah asyik diam bermain alat gadjet. Alyaa pakar bab dakwah. Semua orang bangga dengan dia. Kata katanya fuhhh,bermacam macam arah yang minta dia bagi talk,semua ditolak akibat kengkangan masa. Kalau free,rasanya seluruh ceruk mendengar talk Alyaa.

Alisa kembali ke biliknya. Biliknya masih begitu,gelap gelita. Katil Alyaa bersepah dengan buku,selimut bergulung,bantal jatuh ke bawah dan beg galasnya terperusuk di bawah katil.

"Alyaa"

Sekali lagi dipanggil tetap diam.

"Alyaa"

Dengan nada yang tinggi,

"Siti Alyaa Asyikin"

Alyaa berpaling. Matanya merenung tepat ke bebola mata Alisa. Matanya memberi isyarat bahawa dirinya tidak ingin diganggu.

"Abang aku masakkan spageti. Jom makan"

"Emm k"

Hanya itu untuk 10 minit Alisa berusaha bercakap dengannya. Earphone ditelinga sudah dicabut,laptop sudah dimatikan dan kaki Alyaa mula bergerak ke arah pintu untuk ke dapur.

"Aku dengar kau makin famous sekarang. Kata kata kau ramai orang guna. Aku tumpang bangga dapat kawan dengan kau"

"Err biasa je kot"

"Biasa apa luar biasa kot"

"Haha kau nak cakap apa sebenarnya?"
Muka Alyaa mula kemerahan dek pujian sahabat sendiri.

"Tak de ah,aku tengok kau bagus dakwah situ sini. Like sahaja dah beratus ribu tapi"

"Apa tapi?" Keningnya mula menaik tanda ingin mengetahui ayat seterusnya.

"Tapi kalau dakwah kau,kau applykan dalam kehidupan seharian kau,aku lagi berbangga"

"What do you means?"

"Kita cakap kita pendakwah but selalu tinggal solat berjemaah. Kita cakap kita pendakwah tapi orang sekeliling kita biarkan. Mana dakwah yang kita sibuk didalam alam maya?"

Kaki Alyaa mulai mengeras untuk keluar daripada bilik. Telinganya mulai mendengar bait kata seterusnya walau dia tahu hatinya mula pedih bila ditegur begitu.

"Maaf aku lancang. Aku tak tuju untuk kau seorang. Aku dah lama perhati Daie maya di laman sosial tapi bila berhadapan dengan Daie maya di dunia realiti aku lihat kosong"

"Dah lahh. Kau selalu je nak cari pasal dengan aku"

"Aku minta maaf aku cuma"

Kaki Alyaa mula bergerak menuju ke pintu. Belum sempat tangan menyentuh tombol pintu,Yanti mengeluarkan mukanya dari balik pintu

"Lisa,sedap ahh spageti abang kau. Lain kali kalau dia buat lagi kau bawa lah kat sini. Sekali suruh dia datang sini"

Yanti tersenyum simpul hingga ternampak besi yang terikat kemas di giginya.

"Lisa suruh lah abang kau datang siniii. Aku suka abang kau lahh"

Suara Siti yang membingitkan mulai kedengaran dari dapur. Alisa hanya tersenyum melihat gelagat kawannya yang menggilai abangnya yang tidak kesudah.

Alyaa dihadapan pintu masih kaku.

'Aku sibuk berdakwah di alam maya tapi kawan aku?'

Alyaa berpusing melihat keadaan biliknya. Tepat di katilnya yang masih berterabur,kain tuala tersangkut di kerusi dan buku bersepah di atas katil.

'Alyaa bukalah mata dan turunkan ego'
Perlahan Alyaa diam dan menuju ke dapur untuk mengisi perut. Ꮄ瀑嚷ꆐࡴג

Tiada ulasan:

Catat Ulasan