Nukilan Hati

Selasa, 1 Disember 2015

So.Ha.Ba.T

Tak pelik ke,
Ramai yang bagitau kawan adalah cerminan kita. 

Wait!

Mengapa kawan  adalah cerminan diri setiap individu?

Dan bertambah tambah tambah peliknya mengapa Rasulullah meminta kita berkawan dengan penjual minyak sepertimana hadis di bawah

“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.” (Riwayat Abu Daud)

"Sekurang kurangnya anda mendapat juga baunya"

"Sekurang kurangnya anda mendapat juga baunya"
"Sekurang kurangnya anda mendapat juga baunya"
"Sekurang kurangnya anda mendapat juga baunya"

Gais,tak pelik ke?

Apabila aku kaji lagi,ramai para ulamak menyarankan kita untuk berkawan dengan sahabat yang mampu membimbing kita hingga ke syurgaaa.

Ramai juga motivator,talker,ustaz or ustazah minta kalau anda ingin berubah berdampinglah pada sahabat yang boleh bantu kita ke syurga.

Hah,tak pelik?

So then,penting sangat ke kawan ini dalam kehidupan seharian kita?

Nah satu short story yang aku sendiri alami apabila berkawan dengan orang alim.

Aku: Ahh,bosan lah makan makanan asrama. Makanan yang sama je.
Kawan: Nak dengar ayat sentap tak?
Aku: Huh,okey what is it?
Kawan: Orang Somolia langsung tak memilih makanan.
Aku: Taklah sentap mana
Kawan: Kalau tak sentap it means your heart dah keras
Aku: Errr ayat last paling sentap

*heart attack*

Look,kawan yang baik sememangnya akan membawa kita sama sama ke pintu syurga. Itu yang Rasulullah tekankan agar kita memilih sahabat yang soleh persis seperti pengedar minyak wangi. Agar kita ini sentiasa ditegur dan dinasihati dari semasa ke semasa hingga ke pintu syurga.

“Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat.” (Riwayat Ahmad)

Then apakah function kita disini?

Sama dengan sahabat kita. Tugas kita membimbing,membantu,menegur dan menyokong. Huyah huyah!

Nah short story again,

Aku: Jom solat dhuha gais!
Kawan: Malaih ah. Hari inikan hari ahad.
Aku: But solat tak pernah cuti.
Kawan. Whatever to the ever ever
*Tarik selimut*

Aku: Mmm,sorry gais.
*capai Yassin*

Bismillahirrahmanirrahim. Yasiiin.
Kawan: *campak selimut*
What the hell?

Aku: Andai nak tangan aku berpimpin tangan dengan kau hingga ke syurga,jom bangkit kita solat sama sama

Conclusion yang kita dapat daripada short story di atas,

Kita mahupun anda mahupun saya sepatutnya melengkapi hari hari sahabat kita dengan menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar. 

Serius!

Allah tak pernah salah tentukan kepada siapa kita bersahabat. Disetiap kejadian yang Allah ciptakan itu terdapat berjutaaa hikmah. 

Maka andai anda mempunyai sahabat,lengkapilah hidupnya. Penuhkan hidupnya dengan kebaikan. Tarik tangan dia apabila dia kecundang ke arah kemaksiatan. Bantulah dia.

“Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya” (Riwayat Abu Daud)

Nah pickupline untuk sahabat anda yang saya createkan

"Weh kau tau tak apa yang aku impikan?"
"Dapat pakwe hensem?"
"Bukan gila -_-"
"Dah tu?"
"Dapat sama sama dengan kau hingga ke syurga"

Kepada mereka yang membaca entry ini tahniah kerana anda telah memasuki ke alam kehidupan saya. Anneosayoo





















Tiada ulasan:

Catat Ulasan