Nukilan Hati

Ahad, 28 Februari 2016

Pertemuan tak diduga

Allah pertemukan aku dengan seorang pesakit wanita.

18 tahun. Bujang. Student. Mengambil 5 biji misoprostal pada waktu malam dan 4 biji pagi tadi.

Aku agak,


"Baby mesti dah mati. 9 biji misoprostal less than 12 hour"

Tengok scan result,
'Fetal heart activity seen'

..

Aku tatap mata dia. Mata yang kelihatan gelisah dan risau dengan kandungan 6 bulan.

Dia merengus dan cuba memukul perut. Menghentak punggung di atas katil beberapa kali untuk gugurkan kandungan.

Yep 9 biji misoprostal tapi tiada sedikit darah yang keluar.

Betapa Allah ingin tunjukkan kuasanya walaupun manusia itu rakus ingin membunuh anaknya tapi sekiranya Allah menyebut

'Kun Fa Yakun'

Maka baby itu masih hidup dengan sempurna.

Dia masih begitu. Agresif apabila ada yang cuba hentikan perlakuannya. Marah marah dan maki staff yang cuba untuk tenangkan dia.

Aku hilang sabar lalu aku meninggikan suara,
'Apa nak jadi kat awak ini? 9 biji misoprostal boleh pecahkan rahim awak tau tak! Awak memang dah tak nak mengandung dah lepas ini?'

Lama dia meronta untuk melepaskan diri akhirnya dia menangis. Menangis kerana menanggung malu mempunyai anak sebelum nikah.

Aku pegang bahunya lalu katil ditolak masuk ke labour room.

Terlahir seorang bayi yang cukup sifatnya tapi semakin lemah dan lemah.

Bayi lelaki.
6 bulan.

Aku memandang sayu pada bayi ini. Melihatnya yang makin lama makin lemah kerana kesan ubat yang diambil.

Aku berkata dan semoga kata ini didengari oleh bayi ini,


"Sekiranya Allah inginkan kamu hidup di dunia ini maka jagalah agama kamu ini sebaiknya.

Sekiranya Allah inginkan kamu pergi,pergilah sejauhnya daripada manusia yang tidak berhati 

Kerana ibu bapa kamu sendiri cuba untuk membunuh kamu"

Dan saat ini bayi itu masih lemah,manakala ibunya tidak mempedulikan kehadiran si kecil ini.

Cuba soal diri anda yang membaca ini,


"Apakah jasa kamu terhadap agama sehingga dengan mudah manusia kini makin hilang jati diri?"

Jadilah seperti seekor ikan,
Walau dicampak di lautan yang dalam.

Namun isinya masih berasa tawar.

Walau dicampak di sebuah negara
Namun pegangannya masih pada jalan islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan